RAHSIA NAK GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM2009PENULIS:NG KANG WOON-2November 2009-Okay, mungkin ini adalah rahsia yang ingin diketahui oleh semua calon SPM yang sedang belajar mata pelajaran elektif prinsip perakaunan. Tetapi ia bukanlah rahsia besar, ia adalah rahsia yang sebenarnya bukan rahsia. Majoriti guru telah memperkatakannya berulang-ulang kali sepanjang karier kami. Namun sebilangan besar pelajar akan abaikan tips-tips sebegini sehingga ke saat-saat akhir. Demi anda semua, sifu senaraikan di sini untuk disimpan dan dibaca berulang kali oleh semua calon.TETAPI PERLU DIINGAT, tips ini mungkin hanya sah untuk SPM 2009 sahaja. Jika sistem gred diubahsuai seperti yang sedang dipertimbangkan oleh KPM (diumumkan melalui media massa) sebelum ini, maka tips ini MUNGKIN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN LAGI.Kertas peperiksaan Prinsip Perakaunan (PAK) ada dua, kertas 1 dengan 40 markah dan kertas 2 dengan 80 markah. Jumlah markah ialah 120 markah. Penentuan gred akan ditentukan selepas markah kedua-dua kertas itu ditambah dan dibahagikan dengan 120 untuk mendapat nilai dalam sebutan peratusan. Ini menjadikan nilai setiap 1 markah bersamaan dengan 0.833 %, atau untuk mendapat 1%, pelajar mesti mendapat markah betul sebanyak 1.200 markah.Kenapa perlu sifu sebut perkara ini? Sebenarnya untuk menegaskan bahawa untuk lulus 40% (CONTOH SAHAJA – markah lulus boleh jadi apa sahaja, rendah atau tinggi ), maka pelajar mesti memperoleh 48 markah yang jelas sekali tak akan cukup untuk hanya dapat 100% betul dalam kertas 1 (40 soalan = 40 markah). Mahu atau tidak calon SPM mesti menjawab dan mendapat markah dalam kertas 2 juga.Okay, tips woon bermula di sini. Tips woon dibahagikan kepada 3 seksyen, mengikut tahap kesesuaian pelajar. INGAT INI ADALAH TIPS, TAK SEMESTINYA BETUL DAN WAJIB DIIKUTI.
SKOR A1 SPM 2009
GOOG LUCK
沒有留言:
張貼留言