SPM道德教育PENDIDIKAN MORAL
1.1:kepercayaan kepada tuhanKeyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prisip rukun Negara.1.2:AmanahSikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3:Harga diriKeupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
1.4:BertanggungjawabKesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
1.5:Hemah tinngiBeradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6:ToleransiKesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7:BerdikariKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8:KerajinanUsaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9:Kasih sayangKepekalan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
1.10:KeadilanTindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
.1.11:RasionalBoleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12:KesederhanaanBersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
2.1:Kasih sayang terhadap keluargaPerasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2:Hormat dan taat kepada anggota keluargaMemuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3:Mengekalkan tradisi kekeluargaanMenerima ,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
2.4:Tanggungjawab terhadap keluargaKewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
3.1:Menyayangi dan menghargai alam sekitarKesedaran perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
3.2:Keharmonian antara manusia dengan alam sekitarKeadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3:kemapanan alam sekitarPengekalan keseimbang alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
3.4:peka terhadap isu-isu alam sekitarPrihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikan.
4.1:cinta akan NegaraPerasaan sayang dan bangga kepada Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.
4.2:Taat setian kepada raja dan NegaraKepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan Negara.
4.3:sanggup berkorban untuk NegaraKerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.
5.1:Melindungi hak kanak-kanakMembela ,memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
5.2:Menghormati hak wanitaMelindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan Negara.
5.3:Melindingi hak pekerjaMenghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan golangan pekerja dalam pembangunan Negara.
5.4:Menghormati hak golongan kurang upayaMemberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insane ciptaan tuhan.
5.5:Melindungi hak penggunaMembela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
6.1:Mematuhi peraturan dan undang-undangMenerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2:kebebasan bersuaraKebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
6.3:kebebasan beragamaKebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukan dalam perlembangan Malaysia.
6.4:Penglibatan diri dalam pembangunan NegaraKebebsan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dan perlembangan Malaysia.
6.5:sikap keterbukaanBersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
7.1:Hidup bersama secara amanHidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.
7.2:saling membantu dan bekerjasamaUsaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3:saling menghormati antara NegaraMenghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
谢谢你的笔记。
回覆刪除